Percuma
Ada seorang pemuda ni asyik nak makan percuma jak~!!! Suatu hari pemuda ni makan kat satu warung. Siap jak makan kat warung tu dia pun trus angkat kaki meninggalkan warung tu. Tauke ( seorang makcik yang telah berumur ) tu pun sempat menegur pemuda tersebut.
Makcik : Hei anak muda ~!!! Awak belum bayar lagi yah,...
Pemuda : Aik ,.. makcik kenal tak dengan siapa makcik
sedang bercakap sekarang ini ni ??
Makcik : Tidak ( sambil mengelengkan kepala )
Pemuda : Hah makcik! Nampak tak ni tatu kat tangan aku ni
nampak tak ?? ( sambil menunjukkan pergelangan
tangannya )
Makcik : Er,..tu ular ( dengan tergagap²)
Pemuda : Erm tahu pun ,.. yang ni makcik tahu ? Tatu apa
kah ini ( sambil menunjukkan dadanya )
Makcik : Er,.. burung helang
Pemuda : Bagus! Bijak makcik ni! Jadi sekarang Makcik kenal
siapa saya ??
Makcik : Tidak
Pemuda : Hahahahahha ini lah dia king Kong paham ~!!!!
( Dengan suara agak tinggi )
Pemuda itu tersenyum puas bila melihat makcik itu menjadi tidak keruan. Lalu pemuda itu beredar dari tempat tersebut. Begitulah sikap pemuda tersebut bila sahaja pergi kat mana² warung. Pemuda ni kira licik juga sebab selalu memilih warung dimana taukehnya sudah lanjut usia memandangkan senang baginya untuk membuli orang yang lebih tua dari dia. Hendak dijadikan cerita seperti biasa dan juga tebiat biasa dia sekali lagi berjaya makan free pada hari itu tapi kejadian tersebut telah diperhatikan oleh seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan dan menyaksikan kejadian yang baru berlaku antara taukeh kedai makan ngan pemuda tersebut. Belum sempat pemuda itu beredar dari warung berkenaan polis ni pun menjerit kat pemuda tu
Polis : Hoi belum bayar hah ,... dah makan tu bayarlah mana
ada lepas makan jalan terus ...
Pemuda itu begitu terkejut dan terasa teramatlah geram. Pemuda tu pun trus memalingkan wajahnya kearah suara yang menjerit kat dia tadi apa lagi pucat lesih dia bila yang menjerit kat dia tu rupa²nya polis.
Polis : Heii ko kata apa tadi kat makcik tu. Ni apa ni ,..
tatu apa ni cuba ko beritahu kat saya tatu apa
yang kat pergelangan tangan awak tu ??
Pemuda : Er,... tidak Tuan errr Tuan errr ini ,.. ini tatu
cacing Tuan
Polis : Ohhh ni cacing lah yer ,.. jadi kat dada awak tu
apa ?? Apa ko beritahu kat makcik tadi tu ?? Tatu
apa ??
Pemuda : Err,... ini..ini Burung pipit Tuan.
Polis : Ohhh Burung Pipit lah yerrrr ( tersenyum ). Jadi
awak ni siapa ?? Bagitau kat aku ??
Pemuda : Errr saya ni Monyet Tuan .
Polis : Hurm,... bagus jadi apa lagi bayar lah ~!!!!!
Tamat !!
---- sumbangan: Wolf^Gurl (May 10)
1 Comments:
Pon lawak cam bangang.buang masa !
By Anonymous, at June 24, 2012 at 10:34 AM
Post a Comment
<< Home