Kiriman cerita lucu yang tidak tersiar di Gelihati

Thursday, July 15, 2004

keras kepala

Said dan Dol, sepasang rakan karib yang suka sangat ngan aktiviti adventure. Said seorang yang sering mengatakan sesuatu perkara dengan benar dengan melihat dahulu kesahihannya. Manakala si Dol pula, seringtidak bersetuju dengan pendapat Said, dan sering menafikannya.
Pada suatu hari, mereka telah meredah satu hutan. apabila memasuki hutan tersebut, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan gerak geri sesuatu di celah-celah pohon renek. Benda alah tu sebenarnya burung jer.Mereka berdua pon bertikam lidahlah kerana sifat degil si Dol.
said : itu betol la burung Dol.
dol : mana boleh burung, kuat tu bunyi!
said : burung la dol.
dol : aku pasti sangat kambing.
said : burung la.
dol : kambing.
setelah bertekak selama lebih kurang 10 minit, tiba-tiba burung tu kelauar dan menampakkan dirinya, sepantas kilat dol berkata.
dol : hah, kan aku dah cakap, kau tengok tu, kambing terbang,burung ape ke bendanya.


---- sumbangan: barney

0 Comments:

Post a Comment

<< Home