Kiriman cerita lucu yang tidak tersiar di Gelihati

Thursday, July 22, 2004

tobat aku tak semayang

kisahnya begitu, disatu kampung ada seorang tua (gondol namanya- bukan nama sebenar)yang dah lanjut usia, tapi tak pernah gi sembahyang. pada suatu ari dia pergi bertandang kerumah teman lamanya (pak abu - bukan nama sebenar) kebetulan pula jatuh pada hari jumaat. terjadilah perbuatan spt dibawah:
Pak Abu: Jumaat dah dekat ni, meh la gi sembahyang
Gondol: hai Abu, kau bukannya tak tahu tak pernah hayat hayon aku sembahyang ni, aku bukannya tahu macamana lagipun aku tak bawa apa-apa pakaian.
Pak Abu: alah bukanya payah sangat Gondol, semayang jumaat ni beriman, kou ikut ajer apa yg dia orang buat, pasal kain tu tak sah risau nanti aku ambilkan...
Pak abu pun naik keatas rumah mencari kain pelikat tapi tak der kerana diapun orang susah juga, jadi diberinyalah kain batik isterinya pada Gondol (kain batik baru belum berjahit)
sigondol ni pun pakailah, oleh kerana tak pernah pakai kain batik terbelah diletaklah yang terbelah tu di belakang (kononya takut terbuka nanti nampak pulak).
dipendekkan cerita sesampai di masjid, sembahyang jumaat dah nak mula, jadi masuk saf lah mereka berdua ni. Pak aku duk depan Gondol dan dibelakang gondol pula budak-budak yang ikut sama nak sembahyang jumaat. pada peringkat mulanya berjalan lancar, gondol mengikut aje apa para jemaah buat tapi bila sampai tang sujud... tiba-tiba kain batik yang gondol pakai terbuka dan ternampaklah telurnya yang terhayung-hayung, budak2 kat belakang apa lagi...lalu dijentiknya batu si Gondol, teringat akan pesanan Pak abu, gondol pula menghulurkan tangannya lalu menjentik telur Pak aku yang terbayang kain pelikatnya. Lantaran terkejut dan sakit, pak abu lalu menerjah kakinya kebelakang mengenai gondol, dan gondolpun melakukan yang sama lalu menerajang budak yang dibelakangnya hingga terpeling ke tangga.
selesai saja sembahyang jumaat.. berkata Gondol "tobat doh Abu, aku tak nak semayang jumaat lagi kalu begitu teruk sampai menitik air kencing aku dikerjakan.

so moral of the story ni...kalau tak pandai tu belajar le...


---- sumbangan: akuna

2 Comments:

Post a Comment

<< Home