batai (pakai tai)
Loghat yang di gunakan loghat yang agak keutaraan tetapi berlaku di selatan Selangor di sebuah kolej...
Adalah satu hari tu, kolej tersebut mengadakan satu sesi ceramah di mana seorang pegawai bahagian..... keusahawanan kot?? dijemput untuk memeberi ceramah tapi criter ni tak berkaitan dengan penceramah tersebut.
Semua pelajar di wajib turun ke dewan kerana dewan tersebut berada di atas bukit bagi lelaki. Perempuan pula di wajibkan berangkat ke dewan kerana asrama perempuan di atas bukit dan ini adalah 'view' yang paling cantik untuk student lelaki. tak kisah la, itu bukan tujuan sebenar criter ini.
Tidak lama kendian, dewan telah dipenuhi dengan gadis2 kolej tersebut... student lelaki masih lagi belum turun ke dewan. Akibatnyer, lecturer naik ke asrama diiringi warden untuk menghalau jejaka-jejaka 'liat' itu. Tapi ini masih lagi bukan tujuan criter ini di ceritakan.
Kelompok pertama student lelaki telah pergi ke dewan di iringi kelompok kedua. Kedua-dua kelompok itu semuanya memakai tali leher atau dalam b. inggeris 'TIE' dan setelah masuk ke dewan' kelompok ketiga muncul tapi tidak memakai tie.. lecturer pun mengarahkan mereka pulang ke asrama untuk memakai tie. dengan muka masam kelat + cuka, pulanglah pelajar2 tersebut ke asrama.
ketika melangkah turun anak tangga, tiba-tiba tanya salah seorang rakan dari asrama. " woit!! apasal patah balik??". menjawab lah dengan marahnya sambil menunjuk ke arah baju, "PAKAI TIE". tapi dasar pekak-pekak sebentar. org di atas asramA terpekik seronok sambil beritahu rakan-rakan lain yang masih berada di asrama, "WOI... BATAI..!!".
Apa lagi, riuh la asrama lelaki akibat berselisih faham pendengaran
---- sumbangan: yuit's (May 10)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home