Kiriman cerita lucu yang tidak tersiar di Gelihati

Wednesday, June 09, 2004

KISAH SEEKOR SAYA

Ini kisah tragis yang mampu membuatkan anda menangis. Ia mengisahkan seekor saya yang hilang diambil oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Ya..mereka mengambilnya dengan paksaan tanpa kerelaan saya. Sudahlah begitu, dijualnya pulak dengan harga yang mahal. Sepatutnya saya pun perlu mendapat bahagiannya. Tetapi mereka yang kejam. malam ini saya mesti menggempur tempat mereka. Ya! aku mesti menghapuskan kedai Tom Yam itu kerana mengambil ekor ku untuk membuat sup ekor. Kini aku tidak beekor lagi. Habis apa gelaranku? Takkan nak panggil aku seekor lembu kerana aku tiada ekor? Tapi buah aku masih elok, jadi korang semua gelarkan aku sebuah lembu.??? Eh..aku punya kan dua buah. Haaa..Dua buah lembu yerr..jangan silap sebut..aku ni jantan tau.


---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 2)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home